Tuesday 29 November 2016

Kek untuk majlis akhir tahun anak-anak 2016





Alhamdulillah....mama Liz Berjaya siapkan 3 Kek untuk anak-anak bawa ke majlis akhir tahun ...memandangkan masa yang suntuk.Untuk haziq dan Hafizah , Mama Liz hanya buat kek coklat yang biasa-biasa sahaja....maaf yea
kek untuk kelas hafizah 
Kek Coklat Haziq




kek Hamidah agak mewah, kek coklat yang disalut dengan cream dan coklat putih,manakala bunganya dari ising .....Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa kek hamidah lebih ceria kan...Sebenarnya sebelum majlis sambutan akhir tahun di sekolah hamidah.....mama Liz ada 2 hari cuti sebelumnya iaitu cuti Keputeraan Sultan Kelantan...memandangkan masa yang lebih, maka dapatlah Mama Liz hasilkan kek yang lebih ceria untuk Hamidah..ini adalah kek yang pertama menggunakan banyak bung-bunga dari ising...dan huruf-huruf dari coklat...letihlah juga walaupun cuti...tapi untuk anak-anak, walaupun letih tapi kepuasannya tidak terhingga




KEK KAWIN UNTUK SAUDARA ZAITON DAUD


 kek pertama mama liz untuk majlis perkahwinan .....semoga berkekalan hingga akhir hayat...amin3








bunga dari ising manakala huruf dari coklat ...yamm,yamm,yamm




Cuti sekolah baru bermula....tapi Mama Liz ada tugasan yang perlu diselesaikan....pada 27 Nov,kawan kerja minta tolong hiaskan kek untuk saudaranya....rasa nak tolak takut tak cantik tapi rasa nak cuba maka inilah hasilnya

HAMIDAH DI SK MENTERA 2016

Genap setahun, anak mama Liz bersekolah Di SK Mentera dalam kelas 1 Cemerlang. Hamidah Binti Hasbulah, nama empunya diri...semoga gambar ini akan menjadi kenangan yang terindah untuk dikenang suatu hari nanti


sewaktu hari Anugerah Kecemerlangan



SHAMI NAZWA(tudung kuning), AYUNI(belakang shami)

menang pertandingan mewarna sambutan merdeka utk tahun 1...bolehlah Midah

sukaneka

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2016

HAZIQ DAN HAFIZAH SEBELUM KESEKOLAH UNTUK SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

MAMA DAN PERMATA HATI
 Mama cukup suka dengan gambar ni...nak tahu kenapa sbb baju yang anak-anak mama Liz pakai tu, mama  Liz buat sendiri tauuu.....walaupun tak cantik mana tapi hati mama Liz   rasa sangat puas hati...tahu tak Mama Liz siap pergi belajar untuk potong dan jahit seluar dari adik Ha kat Tawang.Mungkit ada yang tanya kenapa tak upah je kan senang.....memang . senang tapi tak ada kepuasan.....walaupun letih, banyak masa yang terpaksa dikorbankan tapi itulah kenangan yang tak boleh dijual beli...untuk anak-anak tersayang, harta yang tidak ternilai didunia dan akhirat.


 

Saturday 8 October 2016

KUIH LAPIS COMEL

Assalamualaikum...apa khabar semua.........lebih setahun Mama Liz terpaksa memperlahankan aktiviti mama Liz untuk N3 gambar-gambar terbaru dari keluarga Mama Liz.....kekangan masa dan kerjaya  adalah faktor utama yang perlu diutamakan....sehinggakan terpaksa lupakan seketika minat menulis blok.....nak buat macam mana....

Rasanya ini adalah kuih lapis yang benar-benar memberi kepuasan pada Mama Liz...dah banyak resepi yang Mama dah cuba tapi masih tak sama dengan resepi kawan Mama waktu sekolah rendah dulu...kuih lapis Wan Mastura memang terbaaaaik.....lama sungguh kami tak berjumpa...maklumlah masing-masing dah berkeluarga dan duduk pula jauh. Wan di Kuala Lumpur..Mama Liz pula di Kelantan.....

Oklah untuk tidak buang masa marilah sama-sama menjamu mata dengan kuih ku ini...

Resepinya mudah jea..semua guna cawan....

Kuihn lapis Comel
1 cawan tepung gandum(mama kurangkan tepung gandum..3/4 shj yang 1/4 lagi tambah tepung Hoen Kwe putih yea
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung hoen kwe
3 cawan air
1 cawan santan pekat....Rm 2
3/4 cawan gula
Cara......air dan gula dicampur...kacau hingga gula hancur.(mama Liz masak air dengan daun pandan ..sebab mahukan rasa pandan yang asli...bila air dan menggelegak dan mengeluarkan aroma yang harus....tutup dan masukkan gula)  ...masuk santan....masukkan  semua tepung... masukkan garam...tapis bancuhan yang terhasil bahagikan kepada 2 bahagaian. 2 cawan utk putih dan 3 cawan utk warna merah...utk merah masukkan pewarna sirap ros ..ikut kehendak masing-masing untuk kepekatan warna tersebut.....
Sebelum terlupa kita akan dapat 5 cawan bancuhan ...gunakan acuan lompang untuk menjadikan kuih lapis kita menarik.....setiap lapisan hanya makan masa 5 minit shj....lapisan yang terakhir kita kukus selama 20 minit.....tak perlu guna kain untuk balut penutup periuk.......itu keistimewaan resepi ini...yang penting mudah dan cepat....selamat mencuba