Tuesday 29 November 2016

Kek untuk majlis akhir tahun anak-anak 2016





Alhamdulillah....mama Liz Berjaya siapkan 3 Kek untuk anak-anak bawa ke majlis akhir tahun ...memandangkan masa yang suntuk.Untuk haziq dan Hafizah , Mama Liz hanya buat kek coklat yang biasa-biasa sahaja....maaf yea
kek untuk kelas hafizah 
Kek Coklat Haziq




kek Hamidah agak mewah, kek coklat yang disalut dengan cream dan coklat putih,manakala bunganya dari ising .....Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa kek hamidah lebih ceria kan...Sebenarnya sebelum majlis sambutan akhir tahun di sekolah hamidah.....mama Liz ada 2 hari cuti sebelumnya iaitu cuti Keputeraan Sultan Kelantan...memandangkan masa yang lebih, maka dapatlah Mama Liz hasilkan kek yang lebih ceria untuk Hamidah..ini adalah kek yang pertama menggunakan banyak bung-bunga dari ising...dan huruf-huruf dari coklat...letihlah juga walaupun cuti...tapi untuk anak-anak, walaupun letih tapi kepuasannya tidak terhingga




No comments:

Post a Comment